Isnin, 20 Oktober 2014

I is STRESS!!

Hidup ni betul-betul misteri. Sangat-sangat misteri.... Bukan semua benda yang kita ingin, kita akan dapat dan yang pasti semua benda yang kita cuba elak, itulah yang selalu datang hampiri.

Maka benarlah firman ALLAH,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Al-Baqarah : 216

Kadang-kadang bila diri ini ditimpa sedikit musibah, duka lara diri macam dah takde ubat dah. Macam dah tak boleh buat apa apa... Rasa loser sangat-sangat... Mulalah hati dan otak mempersoalkan kenapa semua perkara terjadi pada aku? Mulalah persoalkan ketidakadilan... Mulalah nak mengungkit semua kebaikkan yang pernah dibuat. Padahal amal kebaikan yang ada... Ibarat setitik air di laut. Sebab tu bahu kiri selalu rasa senget penat letih sbb buku amal yang belah kiri dah berjilid jilid...

N3 ini adalah bukti betapa bercelarunya fikiran... Betapa berkecamuknya hati.... Betapa pusingnya akal untuk memahami sedikit masalah yang agak picisan. Bulan ni bukan bulan yang bagus untuk aku.... Semua masalah yang datang bertimpa timpa, membuatkan aku terfikir....adakah perlu untuk aku terus kekal disitu? Adakah perlu untuk aku teruskan hubungan ini? Adakah aku perlu untuk mengikut gerak hati? Bergaduh dengan bos... Gaji dipotong atas alasan yang tak munasabah... Bertengkar dgn En. Asben untuk sebab yg remeh... Masalah komunikasi dgn in law... Cekceh dah mula menyoal perkara yang paling aku takut nak hadapi.... Persekitaran kerja yg mcm beruk (but i love my job - itu yg buat aku bertahan)... Semua benda gila ni dtg serentak dlm bulan 10... Yg masih berbaki 10 hari lagi...

Hurrmmmm... Yup x baik mengeluh tapi apa lagi yg aku blh buat utk lari dari kegilaan ini? APA LAGI?? Xkan nak aku terjon lombong?! Sorry beb... Walau iman x brape nak tinggi tapi aku masih tau hukum agama...





So.... Utk hari yg masih berbaki 10 hari lagi ni.... Aku sgt harap aura positif akan menyelubungi aku... Aku xmo ada benda yg rubbish, menyemakkan hidup aku yg dah hampir hampir hilang kawalan... XMO STRESS!!  Oh plus bff pelastik (next time aku akan buat n3 pasal bff pelastik ni) boleh x tolong removekan diri secara sukarela? Kengkadang sbb ko la... Seluruh hari aku jd kelam... Hahahaha... Tlg ye... Plizzz