Isnin, 29 September 2014

Mak Jemah?

Kenapa mak jemah? Kenapa tak mak ton? Mak mah? Mak mak?

Hahahahha

Sebab mak jemah suka dengan nama tu... Nak nak mak jemah dgn encik somi ada sentimental value dengan nama tu... Bila sebut je nama mak jemah terus mata kami berdua blink blink..

Hahhahahha

Cekceh slalu komplen... Sikit sikit mak jemah sikit sikit mak jemah... Hahhahha. Nasib awaklah cekceh. Sape suruh awak lambat besar... Kan dah susah nak paham... Hahahahha. Nama mak jemah ni sebenarnya kalau tak silap mak jemah la dikomersialkan oleh Johan Raja Lawak... Bila dia buat lawak mesti slalu kaitkan diri dia dengan mak jemah... Sapa sebenarnya individu ni... Idoklah mak jemah tau... Mak jemah sendiri hanya mengaplikasikan nama tersebut untuk kepuasan diri sendirik je. Sukala mak jemah nak ingatkan... Belog mak jemah ni takdek kaitan dengan sesape... Mana-mana yang terasa, sila abaikan rasa itu sendiri. Mak jemah tak kose nak bertanggungjawab... =)

Mak jemah lately ni macam ada jiwa kacau sket... Semua benda yang mak jemah buat tak menjadi... Macam ada benda yang tak kena... tapi mak jemah rilex je.... Mungkin mak jemah kurang menjaga hubungan dengan Allah sebab tu Dia turunkan sikit ujian dekat mak jemah... Huhuhu. Ujian yang boleh buat mak jemah terduduk dan termenung kejap... Apa-apa pun, mak jemah bila ada problem macam ni... Mak jemah suka dengan sepotong ayat ni... 

Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’”.

Mak jemah ambil langkah mudah... mak jemah redha. Mak jemah malas nak fikir walaupun hakikatnya otak mak jemah ni berpusing 360o tak henti-henti. Mak jemah let it go je.. sungguh!! Sebab mak jemah yakin dengan kifarah (dulu2 mak jemah gemar guna perkataan hukum karma – tapi lepas mak jemah found out yang karma tu ada kaitan dengan kepercayaan hindu, terus mak jemah delete perkataan tu), yang atas x selalu kat atas... yang kat bawah tak selalu ada di bawah... percayalah, dengan sedikit sebar + redha, kamu-kamu akan nampak hukum Allah dan hukum alam akan berjalan seiring...

So, peace :D

Rabu, 10 September 2014

Diet Atkins

MAK JEMAH NAK KURUS!!
SILA BERI PERHATIAN!!

Azam dan cita-cita mak jemah nak kurus, sentiasa mak jemah renew bila tahun baru bermula… tepat je pukul 12, mulalah angan-angan+harapan+cita-cita+impian+azam nak kurus muncul dan ianya telah diset dalam mood automatic dan itu telah berlaku hampir 10 tahun.. =)

Awal tahun 2014, mak jemah dah mulakan program jom kurus mak jemah sendiri. Masa ni, memang keazaman membara-bara. Diet makan pastu gi jogging. Tak cukup jogging siap join zumba dengan pergi gym lagi. Tapi tu la namanya mak jemahkan… bila taik ayam tu dah tak hangat… mak jemah pon start pergi ke lautan hindi…

Mak jemah diet tak lama pon… 2 minggu je.. ha nak gelak la tu tapi dia punya berkesan dalam seminggu tu boleh turun dalam 6kg. Berat mak jemah masa tu 85kg boleh turun sampai 79kg. Mau tak riak masa tu.. Hahahaha... tapi tu la.. disebabkan riak terlebih, bila tgk jarum timbang tu dah no 79 terus la wujud cheat day. Dari makan guna piring alas cawan terus guna pinggan. And yes, diet mak jemah tak guna sebarang produk. Mak jemah amalkan diet atkins...

Apa tu diet atkins?
Meh sini mak jemah story mori sikit...

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.

4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Jadi, korang-korang fahamkan kenapa mak jemah boleh stay 2 minggu je... hahahaha... korang try la. Nak lebih info korang google la atau klik kat page ni. Yang mak jemah bagi ni basic je. Mak jemah ingat mak jemah nak continue balik diet ni... bila? Wallahu’alam. Kata sorang sifu diet atkin ni... nak amalkan kena ada set masa yang betul... tak boleh esok aku nak start (melainkan azam yang tinggi). Korang kena ambil masa study dan tanya diri sendirik boleh follow ke tak diet ni... jangan jadi macam mak jemah... diet separuh jalan. Lepas korang dah study, teliti... korang setkan masa bila nak mula... ambil la tempoh  yang korang rasa korang boleh... atau korang boleh join group atkins kat fb. Nanti bila mak jemah dah start... mak jemah update ye...

Good Luck!!

Selasa, 9 September 2014

Jangan Pisahkan

Biar cinta, Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap, Memegang janjiku padamu
Biar jurang, Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah, Sumpahku kepada diri
Kita bagai kumbang dan bunga, Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja, Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan, aku dan dia, Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama, Di dalam suka dan duka

Pst.. pst...
Nak #throwback balik citer lama... hehehe

Dulu-dulu lagu ni la lagu cinta mak jemah... hubungan mak jemah dgn en somi sangat banyak halangan... bila ingat balik rase sedih dan pedih terkesan sampai hari ni... family tak restu... memang payah kalau hati tak kuat. Bila hati dah cinta, mak jemah kuatkan semangat... lautan api pon mak jemah sanggup renangi... tapi sebenarnya dah takdir dan ketetapan Illahi, jodoh mak jemah memang dengan en somi.

Alhamdulillah... masa mula-mula nak blajar hidup bersama... dugaan memang tak berhenti uji kami. Dengan tak cukup duit, dengan takde kenderaan, dengan serba serbi tak cukup, hidup pon dah macam ayam... kais pagi kais petang... ialah kahwin tanpa restu, memang hidup tak berkatlahkan... nak minta tolong family memang taklahkan sebab sendiri yang cari penyakit... paling sedih bila baju raya anak pon tak dapat beli... dok pakaikan Qaid baju raya yang dah senteng, ketat... sedih bila kenang balik....

Betullah kata orang-orang tua... 5 tahun pertama adalah tempoh penyesuaian diri dalah hidup berumahtangga... Dan lagi, walau apapun yang berlaku, setinggi manapun kita terbang, sedalam manapun kita tenggelam, hubungan kekeluargaan dan restu ibu bapa tu sangat penting. Percayalah!! Sebab mak jemah dah alami semua ni... kalau kita cuba ignorekan ibu bapa yang lahir + pelihara kita, hati kita memang takkan tenang... setiap apa yang kita buat memang tak menjadi...

Sekarang, bila dah semakin meningkat usia, anak pon dah besar baru faham perasaan ibu bapa yang dulu pernah mak jemah abaikan. Mak jemah bersyukur sangat sebab Allah bagi lagi peluang dekat kami untuk menghirup udaraNya dan memohon taubat dengan setiap kesalahan yang kami lakukan.  Mak jemah sedar, hidup bukan antara kita dan pasangan, tapi ianya berhubung kait... dan itu dipanggil ukhwah dan silaturrahim...

Mak jemah takkan berhenti mengucapkan syukur kepada Allah – pemilik nyawa ini sebab sentiasa memberi ruang dan peluang kepada mak jemah untuk berubah dan bertaubat. Mak jemah nak bgtau dan nak pesan selaku orang yg terlebih dulu makan garam... dalam membina hubungan, minta pendapat dan restu dari orang tua. Jika kamu nekad juga untuk meneruskan hubungan... JANGAN sesekali memutuskan hubungan kekeluargaan tapi BAIKI hubungan tersebut. Dan itu, yang kami buat...

Alhamdulillah, walau hidup tak semewah mana, kami tetap bersyukur hidup kami lebih tenang berbanding dulu dan yang penting lebih diberkati oleh Allah dan restu dari keluarga. Mungkin ianya mengambil masa bertahun-tahun tapi PERCAYALAH, ianya sangat berbaloi!!