Biar cinta, Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap, Memegang janjiku padamu
Biar jurang, Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah, Sumpahku kepada diri
Kita bagai kumbang dan bunga, Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja, Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan, aku dan dia, Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama, Di dalam suka dan duka
Aku tetap, Memegang janjiku padamu
Biar jurang, Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah, Sumpahku kepada diri
Kita bagai kumbang dan bunga, Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja, Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan, aku dan dia, Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama, Di dalam suka dan duka
Pst.. pst...
Nak #throwback balik citer
lama... hehehe
Dulu-dulu lagu ni la lagu cinta mak jemah... hubungan mak jemah dgn en somi
sangat banyak halangan... bila ingat balik rase sedih dan pedih terkesan sampai
hari ni... family tak restu... memang payah kalau hati tak kuat. Bila hati dah
cinta, mak jemah kuatkan semangat... lautan api pon mak jemah sanggup
renangi... tapi sebenarnya dah takdir dan ketetapan Illahi, jodoh mak jemah
memang dengan en somi.
Alhamdulillah... masa mula-mula nak blajar hidup bersama... dugaan memang
tak berhenti uji kami. Dengan tak cukup duit, dengan takde kenderaan, dengan
serba serbi tak cukup, hidup pon dah macam ayam... kais pagi kais petang... ialah
kahwin tanpa restu, memang hidup tak berkatlahkan... nak minta tolong family
memang taklahkan sebab sendiri yang cari penyakit... paling sedih bila baju
raya anak pon tak dapat beli... dok pakaikan Qaid baju raya yang dah senteng,
ketat... sedih bila kenang balik....
Betullah kata orang-orang tua... 5 tahun pertama adalah tempoh penyesuaian
diri dalah hidup berumahtangga... Dan lagi, walau apapun yang berlaku, setinggi
manapun kita terbang, sedalam manapun kita tenggelam, hubungan kekeluargaan dan
restu ibu bapa tu sangat penting. Percayalah!! Sebab mak jemah dah alami semua
ni... kalau kita cuba ignorekan ibu bapa yang lahir + pelihara kita, hati kita
memang takkan tenang... setiap apa yang kita buat memang tak menjadi...
Sekarang, bila dah semakin meningkat usia, anak pon dah besar baru faham
perasaan ibu bapa yang dulu pernah mak jemah abaikan. Mak jemah bersyukur
sangat sebab Allah bagi lagi peluang dekat kami untuk menghirup udaraNya dan
memohon taubat dengan setiap kesalahan yang kami lakukan. Mak jemah sedar, hidup bukan antara kita dan
pasangan, tapi ianya berhubung kait... dan itu dipanggil ukhwah dan
silaturrahim...
Mak jemah takkan berhenti mengucapkan syukur kepada Allah – pemilik nyawa
ini sebab sentiasa memberi ruang dan peluang kepada mak jemah untuk berubah dan
bertaubat. Mak jemah nak bgtau dan nak pesan selaku orang yg terlebih dulu
makan garam... dalam membina hubungan, minta pendapat dan restu dari orang tua.
Jika kamu nekad juga untuk meneruskan hubungan... JANGAN sesekali memutuskan
hubungan kekeluargaan tapi BAIKI hubungan tersebut. Dan itu, yang kami buat...
Alhamdulillah, walau hidup tak semewah mana, kami tetap bersyukur hidup
kami lebih tenang berbanding dulu dan yang penting lebih diberkati oleh Allah
dan restu dari keluarga. Mungkin ianya mengambil masa bertahun-tahun tapi
PERCAYALAH, ianya sangat berbaloi!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan