Isnin, 24 November 2014

Coti Skolah

Hari ni minggu pertama cuti sekolah hujung tahun untuk tahun 2014. Dalam kepala otak mak jemah ni... macam-macam yang mak jemah dah rancang untuk cekceh. Plan mak jemah, 30 November ni, nak sunatkan cekceh. Then dalam 15 Disember macam tu nak pegi plak holiday. Antara tempat yang mak jemah dah aim... taman negara, gua tempurung, pulau langkawi... balik kuantan. Hahaha

Tapikan... seperti yang mak jemah dah jangka. Semua yang mak jemah plan, sumernye ke laut dalam... hahaha. En. Somi x bagi lagi sunatkan cekceh. Sebab katanya, kulit zakar cekceh masih melekat lagi dekat kepala – so, kalau buat jugak mesti sakit. Pastu, En. Somi pon start la citer pengalaman dia masa sunat dulu... papa, please stop citer ok. Mama dah nak pening ni... hahahha. 

Mak jemahkan dah plan nak sunatkan cekceh, so mak jemah ada lah survey beberapa klinik kat putrajaya ni... klinik annur @ maria (mak jemah x ingat)  kat presint 9 tu, xde perkhidmatan sunat2 ni (tp, mak jemah suka klinik ni – doc dia soft spoken). Pastu try call klinik lita alis. Klinik ni ada sediakan perkhidmatan berkhatan guna cara leser. Bayaran kalau x silap dalam RM150... kalau x silap la... mak jemah mmg cari klinik yg guna laser so, klinik lita alis ni otomatik termasuk dalam list mak jemah. Nak-nak pulak dekat dgn rumah. Pastu mak jemah try call klinik sblh lita alis tu... klinik mediviron. Klinik ni boleh buat jugak bersunat cumanye diorg guna kaedah smart clamp. Mak jemah... hasil risikan dgn mentor2 kat office ni, diorg syor sunatkan cekceh guna laser sbb kurang sikit rasa sakit tu. Tu yg mak jemah prefer lita alis tapi nak buat camne... tangguh dulu la sampai hujung tahun depan pulak... :D

So, dah x jadik sunat, plan nak holiday xkan x jadi pulak kan. Mak jemah amik cuti pada 8-10 Disember ni. Kemana nak pergi, x la mak jemah tahu. Cuma harap-harap plan nak ke gua tempurung akan berjalan lancar. Plan nak masuk gua ni idea anak bertuah tu la. Asalnya cekceh ajak gi gua kelam kat perlis. Mak jemah pon apa lagi... sambil buat mata besar-besar

Mama              : tahun ni xleh gi gua kelam. Kita gi gua tempurung je
Cekceh            : tapi mama dah janji
Mama              : saper suruh pekse dapat nombor 29
Cekceh            : eh ok apa mama. Kautsar tu dapat nombor 35 tau mama. Yang last sekali
Mama              : *erkk *pitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan