Isnin, 15 Disember 2014

Kisah Niaga

Hari ni Mak Jemah nak cerita pasal suka duka kami dalam berniaga. Mak Jemah kluar jek dari perut mak dah tau dah pasal bisnes. Abah Mak Jemah dulu peniaga tegar pasar malam. Masa Mak Jemah kecik, abah jual yong tau fu kat Seremban. Kemudian, tukar strategi jual plak sayur. Masa zaman jual sayur ni Mak Jemah ada ingatan sikit-sikit. Time ni, kalu abah niaga, abah masukkan sayur kecik macam bendi, limau, cili api dll dalam plastik. Lepas tu, x tau kenapa, tiba-tiba abah jual plak ikan. Alhamdulillah, hasil jual ikan tu la yang menyara kami sekeluarga hinggalah abah meninggalkan kami semua. Masa abah meninggal, kami semua masih sekolah so xdek sape yang take over bisnes abah. Last-last, pakcik yang amik alih tapak abah niaga... :’(   Bila kami dah besar, mula rasa nyesal dan rasa mengapa, kenapa, bagaimana, siapa & apakah..?? hahahaha

Masa Mak Jemah sekolah, ada seorang lecturer – Mr Lim tertengok tangan Mak Jemah yang halus mulus ni. Mr Lim pon menelek garis tangan Mak Jemah then dia bagitau yang soulmate Mak Jemah jugak akan buat kerja yang sama seperti abah Mak Jemah. Mak Jemah po iya-iya kan aje sebab Mak Jemah dulu-dulu macam tomboy sikit.. kira-kira anti lelaki.. hahahaha

Masa mula-mula kawin, En Somi keje welding. Lepas kami berhijrah tempat tinggal, En Somi pon start niaga. Bisness pertama kami, jual seluar jeans levis. Masa tu sbb xdek modal byk, jd barang yang kami niaga pon x banyak. Seluar jeans tu ada la dalam 40 helai je. Meja plastik 4 segi dengan payung bulat. Bila nak masuk maghrib, kami kena tutup sebab x mampu nak beli lampu+bateri=generator. Kami stop jual sbb selalu kena aim dengan majlis sbb jual barang ciplak. Seluar jeans tu mula-mula kami ambil kat rantau panjang tu je. Pastu bila dah tau lubang, En Somi masuk Thailand ambil barang kat sana terus. En Somi masuk sorang... Mak Jemah x ikot sbb ikot jalan lubang tikus :D

Lepas tu, kami niaga di tepi jalan. Jual air balang dengan air kelapa. Kulit Mak Jemah masa tu bertambah halus mulus sbb tiap-tiap hari minum air kelapa. Kenapa jual air tepi jalan? Sebab masa tu Cekceh selalu buat sinetron. Setiap pagi menangis xnak gi taska. Masa tu En Somi dah kerja welding balik. Sbb kesiankan Cekceh, so En Somi berhenti kerja dan jual la air kat tepi sekolah Cekceh tu. Jadiknye, Cekceh akan nampak la papa dia niaga. Maka drama sinetron pon berakhir. Kami niaga air dekat setahun jugak. Kami stop niaga sebab ada orang dengki buat x elok dekat keluarga kami. Mak Jemah dengan En Somi x leh bangun langsung. Badan rasa x larat sangat. Sampaikan Cekceh terpaksa kutip nasi basi nak makan. Masa tu nak telan setitik air pon x boleh. Terus muntah. Hari ketiga, Cekceh pon dah nangis... lapar, En Somi gagahkan diri telipon adik dia suruh hantar kami balik Kuantan... kami pon balik dan berubat kat sana.

Balik dari kampung, En Somi terus stop niaga. Dia kerja balik welding konon-konon trauma la tapi x lama sbb kami dapat tau ada downtown baru bukak di RnR Bukit Dukong. En Somi pon start niaga kat sana. Kali ni jual tudung plak. Setahun lebih niaga kat downtown kami try masuk pasar malam dan alhamdulillah rezeki pasar malam tulah yang sara kami 3 beranak. Masa mula-mula niaga tu, kamikan orang misekin so x cukup duit nak beli generator. En Somi, tiap-tiap hari gi hantar bateri kat kedai untuk charge. Bila dah mampu sket, pusing Lorong Haji Taib, KL carik generator yg murah. Dah dapat kena buat wiring lain sbb wire lampu guna bateri dengan wire lampu guna generator x sama.
 
downtown - jual-jual sape nak beli

downtown - x mampu beli besi - sangkut macam ni je dulu

downtown - hobi kami dulu - sangkut tudung :)

downtown - Barang sket je

downtown - meja masa jual seluar jeans

Mak Jemah nak bagi tips sket kat saper yang nak start niaga kat pasar malam. First JANGAN MALU. Serius kalau korang malu, memang xleh niaga la. Muka kena manis JANGAN BODOH SOMBONG. Kita orang baru kalau nak tanya tapak jangan buat tunjuk ego. Lagi kita rendah diri lagi ramai yang akan membantu. Pastu, korang kena make sure, tapak pasar malam yang korang nak masuk tu under mana. Kalau bawak JKK penduduk, korang boleh je tanya orang niaga kat situ ada tapak kosong atau tak. Nanti diorg akan inform kalau ada sipolan yg x niaga. Nanti akan ada wakil JKK collect duit tapak kat korang. Harga untuk orang rambo biasanya mahal sekali ganda. Kalau ahli JKK kena 5 hengget, korang kena la 10 hengget setapak.
 
pasar pagi - dari 1 khemah jd 4 khemah

pasar pagi - box pon dah beranak pinak

pasar pagi - tudung pon dah banyak

pasar pagi - tudung lagi... Alhamdulillah


Tapi kalau tapak yg korang masuk tu under majlis atau FAMA... korang kena apply dulu. Lepas tu, peluang untuk kena saman pon besar jugak la. Dulu Mak Jemah pernah apply untuk masuk pasar under FAMA tapi x lepas sbb kata pegawai FAMA tu, FAMA dah x keluarkan lesen baru untuk barang selain dari hasil pertanian & perikanan atau Mak Jemah xdek kabel besar.  Tapi xpe, bumi Allah ni kan luas. Xleh niaga kat situ, kita carik tempat niaga lain. Yang penting usaha, tawakal dan yakin dengan Allah :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan