Selasa, 30 Disember 2014

Goodbye 2014



Oh... nak hujung tahun dah. Hurmmm, sekejap je kan masa berlalu. Kiranya, ni last n3 for this year. Mak jemah pon x sangka akan terajin plak nak slalu hapdet belog ni. Lepas tambah tolak darab bahagi... ni belog mak jemah yang ke 5. Belog lain dah mak jemah bungkus. Tinggal yg ni je.. harap2 kekal le sampai ke tua nanti.. mak jemah fefeeling, dah tua sok, nak tunjuk kat cucu cicit.. *cu, ni la belog uwan masa muda2 dulu. Masa ni bapak kamu baru 7 tahun.. hahahaha

Plan mak jemah nak gi holiday nampaknye x menjadi. En asben menjadikan faktor kewangan pastu faktor cuaca pastu faktor kondisi kenderaan... sebagai hujah utk menidakkan kehendak hati mak jemah. Mak jemah redha. Sob sob sob. Tapi en asben janji, next year, awal tahun gi cuti.. mak jemah mcm dah x berharap... err sebenarnye berharap gak. Hahahaha... gila x berharap. Sape xnak gi holiday..? huhuhuhu
*Papa, pliz, bawaklah kami gi jalan-jalan. X turun pon xpe. Kami duduk jek dalam kete diam2 – xyah turun. Janji jalan-jalan.. hahaha

Skrg ni, kat pantai timur dilanda banjir. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang nak pikol. Mak jemah ada gak hulurkan bantuan semampu yg boleh. Harap-harap dapat ringankan sedikit beban. Kalu mak jemah ni bujang, mak jemah dah lama volunteerkan diri mak jemah gi bantu mangsa banjir. Mak jemah memang suka dgn aktiviti kebajikan cuma masa dan kondisi diri tu mcm x sesuai... harap-harap, semua mangsa banjir akan tabah menghadapi semua ujian ni. Percayalah, Allah xkan uji sesuatu diluar kemampuan hambaNya. Yakin dengan Allah ye!
*sekolah ditangguh seminggu untuk meringankan beban mangsa banjir





Oh lupe... flight Air Asia missing gak hari ahad lepas. Masa mak jemah nulis n3 ni.. xdek tanda2 yg flight tersebut dijumpai...
*ya Allah, permudahkanlah urusan kami... jangan jadikan flight hilang begitu shj mcm flight MH370.



Azam tahun depan... tentu2 la nak kurus. Nak start diet atkin yg mak jemah pernah ckp sblm ni. Target nak kuros mcm dolu2. Hahaha. Mak jemah x mintak banyak, hanya harap semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2014. X mo yg miracle, cuma mak jemah nak lalui tahun depan dengan seadanya. Sihat tubuh badan, dijauhkan dari perkara x diingini & paling penting kami sekeluarga hidup dalam keberkatan dan lindungan dari Yang Maha Berkuasa. Mak jemah doakan uols jugak.

Untuk perkara buruk yg telah berlaku... kita pakat2 lupa – walaupon mak jemah tau susah. Moh kita mulakan hidup baru. Mak jemah juga akan cuba untuk lupakan walaupun susah. Mak jemah tahu, cepat @ lambat, mak jemah kena hadapi perkara itu suatu hari nanti. Untuk suatu hari itu, mak jemah doa, mohon Allah berikan mak jemah kekuatan untuk berkata benar. Mak jemah kena kuatkan semangat sekiranya perkara itu akan menyebabkan penolakkan.

Kepada Allah... mak jemah letakkan pengharapan...
Kepada Allah... mak jemah mohon keampunan...
Kepada Allah... mak jemah sandarkan impian...
Kepada Allah... mak jemah akan kembali...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan